Wednesday, March 22, 2017

Debat Ditunda 7 April, Khalid Samad Jadi Moderator

pilihanraya kini     9:40 AM    




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan akan berdialog bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kumpulan Media Karangkraf pada 7 April ini, jam 9.30 malam.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas polis tidak memberikan kebenaran untuk diadakan di Dewan Dato’ Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar yang dirancang pada Sabtu ini.

"Saya serba salah, polis kata tak bagi.. saya ahli jemaah menteri, kalau dipecat ia tidak tunjuk contoh yang baik. Jadi Tun kata sebelum 1 petang esok (hari ini) jadi saya minta Sinar Harian supaya cari kaedah yang lain dan mereka juga telah bersetuju dan kita pastikan 7 April ini dialog yang ini dapat diadakan.

“Kawasan berkenaan milik Karangkraf jadi tidak perlu maklum kepada polis dan saya mahu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menjadi moderator ... sebab kalau ahli akademik die punye pendekatan berbeza, mungkin jadi terlalu akademik,”katanya.

“Memang semua orang akan nampak ia seperti berat sebelah, tetapi ia tidak seperti anda fikirkan...tetapi bagaimana saya berfikir, saya rasa Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Abdul Samad) boleh jadi moderator yang bagus,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau juga berharap tiada lagi halangan dari pihak polis kerana ia diadakan di dalam kawasan persendirian milik Kumpulan Media Karangkraf.

“Pada hari berkenaan kita minta juga siapa yang hadir untuk derma kepada Tabung Rohingya, tidak perlu bayar saya atau Tun tapi sekurang-kurangnya orang tak boleh kata perbahasan ini tak mendatangkan manfaat,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, beliau sebagai ahli politik cuba mengubah budaya politik negara.

“Masing-masing ada tanggungjawab ahli politik pembangkang untuk menyemak dan mengimbangi kerajaan, begitu juga dengan saya... akan mempertahan dasarkan kerajaan, sudah tentu pembangkang tidak setuju dengan saya.

“Saya bersetuju dengan kebebasan bersuara, saya pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab di parlimen, inilah budaya yang saya mahu pupuk , kita boleh beri pendapat tapi masih boleh hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.




2 comments :

Anonymous said...

saya rasa ada sesuatu yang tak kena pada debat ini....apa apa pun pak menteri dan ahli ahli umno bersedialah dengan segala kemunkinan..

Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.