Tuesday, April 18, 2017

Siasat Pembaziran Dana Rakyat Oleh DAP dan PKR

pilihanraya kini     11:29 AM    

Kit Siang mencabar UMNO dan ejen-ejen parti itu membuktikan daripada ucapan dan kenyataannya selama 51 tahun dalam politik yang menunjukkan beliau seorang rasis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu.
Cabaran tersebut telah disambut dengan  penuh kejantanan anak Melayu  . Ketua penerangan UMNO Malaysia  Tan Sri Annuar Musa  yang mana telah menyahut cabaran tersebut dengan mengadakan pertandingan secara terbuka dalam penulisan artikel , ciptaan video yang mana  berdasarkan kejadian  sebenar.
Umum mengetahui DAP yang wujud sejak 51 tahun yang lalu tidak berjuang untuk kesemua rakyat Malaysia tetapi berdasarkan kepentingan kaum mereka sahaja dan kehadiran kaum yang lain hanya  sebagai syarat untuk mereka mengatakan bahawa  DAP adalah parti yang  tidak  mengira kaum, agama, gender dan warna kulit.
Tujuan sebenar Lim Kit Siang mencabar UMNO supaya membuktikan beliau rasis kerana Penasihat DAP itu bimbang sokongan orang Melayu merosot selepas Pas ditendang keluar daripada pakatan pembangkang.
DAP itu juga bimbang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu membawa sokongan orang Melayu kepada pembangkang seperti yang diberikan oleh Pas sebelum ini.
Sebelum ini. pelbagai kecaman dan tuduhan berbentuk rasisme sering dilemparkan ke atas Barisan Nasional dan juga UMNO oleh pemimpin-pemimpin yang bersifat Chauvanis. Di sebalik isu-isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin-pemimpin tersebut yang kini memegang tampuk kepimpinan negeri  Pulau Pinang dan Selangor , mereka  terus cuba mengalihkan perhatian rakyat marhaen kepada isu yang lain untuk menutup kepincangan mereka. Ini lah DAP.
Manifestasi DAP anti-Islam telah dapat dibuktikan dengan  penolakan DAP terhadap PAS yang mana sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam. Bukan itu sahaja malah didalam Perlembagan DAP sendiri tidak ada sebaris ayat pun yang mendokong Perlembagana Malaysia yang mana  mengiktiraf Islam adalah Agama Persekutuan.
Dalam usaha untuk memperkasakan sistem perundangan syariah juga DAP masuk campur dan terus melakukan penentangan  dan jika ianya difikirkan sesungguhnya memperkasakan  perundangan  syariah tersebut tidak ada kaitan dengan bukan Islam.
DAP masih mempertahankan konsep Malaysian Malaysia ataupun sekarang diubah nama kepada Middle Malaysia. Pada saya, DAP tetap mempertahankan pembentukan sebuah negara republik kecuali kalau parti itu berani membuat kenyataan secara terbuka bahawa ia menolak dasar Malaysian Malaysia dan negara republik.
Pembuktian secara jelas penolakan DAP terhadap Perlembagaan Negara dapat dilihat bagaimana mereka DAP dan sekutu mereka termasuk Mahathir  telah bersetuju dengan 5 teras Pakatan Harapan yang mana secara terang menolak  hak-hak keistimewaan orang Melayu, Agama Islam dan menolak Raja Berpelembagaan.
Perkara ini amat jelas untuk diperjelaskan lagi kepada rakyat bahawa DAP bukan sebuah parti yang memikirkan hal berkaitan kebajikan semua kaum , malah ianya lebih kepada pembentukan Malaysian Malaysia yang mana akan  melenyapkan apa yang bangsa Melayu ada.
Rakyat harus menggunakan peluang untuk mengubah kepada kerajaan yang serius memperjuangkan hak mereka. Rejim DAP yang memecah belahkan rakyat seharusnya ditunjukkan jalan keluar daripada menjadi pilihan pengundi.
Pilihan raya semakin dirasai kehangatannya. Medium tersebut harus digunakan sebaiknya untuk mengubah Malaysia supaya menjadi lebih baik. Menjadi lebih baik dengan kewujudan sebuah parti yang tamak haloba  dan tidak pernah untuk memikirkan tentang kebajikan dan keperluan rakyat.
Malah Rakyat terus ditindas dengan menggunakan kuasa yang ada seperti yang telah berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Ayuh rakyat Malaysia. Noktahkan kepimpinan DAP yang kleptokrat dan rasis  sudah sampai masanya untuk ditolak bagi menjadikan Malaysia yang lebih baik
Persoalannya, sampai bila isu rasisme DAP ini harus dipertahankan dan dibiarkan  sehingga isu-isu berkaitan kebajikan rakyat seperti tidak diendahkan? Apakah DAP mengambil perhatian terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Keluarga Lim sebagai bukti ketelusan yang mereka laungkan.?
Isu tentang penyalahgunaan kuasa hingga menyebabkan penyelewengan wang rakyat dilakukan dengan sewenangnya. Isu Kertas Kebolehlaksanaan projek Terowong Dasar laut yang menelan belanja RM305 juta wang rakyat sudah bertahun tahun masih tidak siap lagi.
Pengadaian tanah rakyat Pulau Pinang yang diberikan kepada  pemilik konsesi dan telah dijual dengan harga berbillion ringgit, pembaziran projek mengecat jalan RM30juta sepanjang 12KM dan amat banyak lagi  harusnya dipandang serius dan harus punya kaedah penyelesaian yang lebih efektif kerana isu ini melibatkan kesejahteraan rakyat dan juga penggunaan wang rakyat yang ada agenda tersembunyi  seharusnya disiasat dengan terperinci.
Justeru itu, rakyat Malaysia harus bangun untuk melakukan tindakan perundangan dan mendesak agar satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk memeriksa segala butiran penggunaan wang rakyat yang dilakukan oleh DAP tanpa memberikan manfaat kepada rakyat .
  • PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.