Tuesday, April 18, 2017

UMNO Tak Pernah Takut Dengan PPBM

pilihanraya kini     3:11 PM    


Adalah satu dakwaan yang amat meleset untuk mengatakan bahawa pemimpin UMNO takut dengan kelibat parti PPBM yang baru muncul dalam arena politik negara dengan jumlah ahli yang mereka sendiri pun malu hendak dedahkan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laporan dipetik Sinar Harian mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan PPBM dan akan mempercepatkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
“Pada pendapat saya,Najib takut dengan BERSATU kerana parti itu boleh kacau undi orang Melayu.
“Oleh itu, jika BERSATU dilihat boleh gugat Umno maka pilihan raya umum akan diadakan pada Julai namun kalau mereka rasa yakin, pilihan raya akan diadakan pada September,” katanya.
Tidak timbul pun soal atau ada khabar berita bahawa PRU14 telah dipercepatkan untuk diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.
Kuasa untuk membubarkan Parlimen terletak atas budi bicara Najib selaku Perdana Menteri untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Ke-V untuk mendapatkan perkenan berkenaan. Selagi itu tidak berlaku, PRU hanya akan berlaku selepas mandat lima tahun kerajaan BN tamat.
Adakah Najib takut dengan tokoh kepimpinan lesu yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menjadi Presiden PPBM? Sudah tentu tidak.
Apa lagi dengan kepimpinan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz iaitu anak kepada Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad. Sudah tentu kepincangan gaya pentadbiran Mukhriz ketika menjadi Menteri Besar Kedah dulu tidak menjadi masalah kepada Najib berdepan cabaran PPBM.
Belum pun sampai beberapa bulan penubuhannya, PPBM sudah mula mencari dahan untuk berpaut dan tidak berani langsung secara bersendirian menghadapi PRU ke-14 nanti.
Dahan yang mereka pilih pula ialah dahan untuk bertahan bersama-sama dengan musuh orang Melayu iaitu DAP dan parti pembangkang lain iaitu PKR dan PAN.


Tidak ada masalah untuk BN yang sudah berpuluh tahun berbakti dan mendapat keyakinan rakyat untuk berdepan cabaran dari mana-mana parti pun untuk pilihan raya nanti kerana BN berpegang kepada prinsip perjuangan untuk rakyat dan bukan untuk politik. – pru14.tv

1 comments :

Anonymous said...

UMNO Tak Pernah Takut Dengan PPBM..
hahaha nak temuntah dengar..jom kita pakat2 percaya...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.