Thursday, May 4, 2017

Agenda DAP Untuk Menjadi Kaum Kelas Pertama

pilihanraya kini     3:26 PM    



Bukan sahaja “Malaysian Malaysia” atau “Malaysia for Chinese” yang diperjuangkan oleh DAP , malah mereka juga berhasrat untuk merampas kuasa politik orang Melayu yang melindungi hak-hak kepunyaan orang Melayu.

Menghapuskan hak-hak orang Melayu ini sebagaimana yang terkandung didalam Perlembagaan Negara telah lama dirancang dan kegagalan demi kegagalan diterima oleh DAP yang pada mulanya bergerak sendirian.

Namun sekarang DAP telah dapat beberapa pengajaran yang telah dilakukan oleh PAP di Singapura. Pengajaran yang paling ampuh ialah dengan memecah belahkan kelompok Melayu menjadi kumpulan yang lebih kecil.

Kewujudan kelompok ini terus diasak minda mereka agar terus menolak kerajaan dan meyertai DAP sebagai penyokong dari bangsa Melayu. Sokongan bangsa Melayu didalam DAP amat diperlukan bagi melaksanakan sebarang usaha untuk menjatuhkan hak-hak melayu dan serangan terhadap agama Islam.

Jika dahulu DAP tidak berani langsung untuk menyentuh perihal yang berkaitan dengan Melayu dan Islam. Namun sekarang segalanya telah dapat dilakukan tanpa ada sebarang halangan dari bangsa Melayu malah sokongan jitu diberikan kepada DAP.

Memperkatakan tentang perjuangan, DAP adakah sebuah parti yang memegang fahaman Sosialis dan liberal dimana fahaman ini menolak terdapatnya satu bentuk keistimewaan dalam satu satu kaum. Bagi fahaman ini DAP beranggapan bahawa semua kaum adalah sama , agama juga sama dan hak-hak adalah sama.

Perkara yang membezakan diantara sesuatu kaum itu ialah bagaimana mereka mengejar peluang dengan berdasarkan meritokrasi yang telah lama diperjuangkan oleh DAP jika mereka memerintah Malaysia.

Dasar ini sekali gus akan mencicirkan bangsa lain yang mana kita sendiri melihat tiadak mempunyai kemahiran dalam menguasai sesuatu bidang. Ini akan memberikan kelebihan kepada DAP untuk mengetengahkan anak bangsa mereka.

Dengan cara ini peminggiran cara terhormat dapat dilakukan dan tidak sebagaimana sekarang dimana orang Melayu pada kebanyakannya mengunakan koata yang diperuntukkan oleh kerajaan un memasuki mana mana bidang.

DAP telah dikenali sebagai parti yang mengamalkan perkauman dan amat memikirkan soal bangsa mereka sahaja. Bangsa lain adalah dianggap bangsa kelas kedua dan ketiga dimata pemimpin DAP. Perkara ini dapat dilihat bagaimana Guan Eng boleh bermuka-muka bila berhadapan dengan bangsa lain dan amat rasis bila berhadapan dengan bangsa sendiri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikesan mempunyai dwi-wajah yang berbeza apabila berhadapan dengan khalayak Melayu dan bukan Melayu. DAP akan dilihat sebagai seorang yang amat baik dan toleransi bila berhadapan dengan kaum lain.

Kita, sudah pasti pernah mendengar ucapan DAP dihadapan kaum lain yang terus mengambarkan diri mereka adalah “musuh kepada amalan rasis” dan menolak keras amalan perkauman yang sudah pasti sasarannya ialah UMNO.

Semua itu adalah gambaran semata-mata bagi melindungi perilaku dalaman DAP yang mana sebahagian besar pemimpin mereka ini adalah pejuang kepada amalan rasis yang amat tebal.

Agenda untuk membawa bangsa Cina sebagai kaum kelas pertama di Malaysia akan membenamkan apa juga hak keistimewaan yang ada pada orang Melayu. Jika ini berlaku orang Melayu akan menjadi kaum yang dilabelkan sebagai kelas bawahan dan mesti patuh kepada arahan dan peraturan DAP.

Guan Eng menjadi pejuang tegar rasis ketika berceramah di hadapan masyarakat Cina. Ceramahnya yang membangkitkan orang Cina agar terus menyokong DAP untuk membawa kaum Cina berada di kelas pertama di Malaysia.

“Bolehkan kita menjadi warga kelas pertama Malaysia? Selama 50 tahun, 50 tahun lamanya kita menjadi warga kelas kedua, ketiga, keempat aaah. Sudahlah, cukuplah, betul tak? -Guan Eng dalam bahasa Cina ketika berceramah di padang sekolah Han Chiang di Pulau Pinang pada 6 Mac 2008.


Masih tidak nampak lagi bagaimana kaitan agenda Malaysian Malaysia yang menjadi wadah perjuangan DAP yang akan membenamkan Melayu diatas bumi sendiri sebagai hamba tebusan yang tidak mampu untuk berkata apa sekali pun.

Dalam Hal ini, pemimpin Melayu PKR, PAN dan PPBM bertanggung jawab sepenuhnya menghasut rakyat bersama mereka membenamkan bangsa Melayu ke dalam lumpur berselut. Hanya kerana jawatan dan kuasa pemimpin Melayu ini sanggup menjual Agama, Bangsa dan Negara mereka tanpa mempedulikan nasib bangsa di masa akan datang.

1 comments :

Elah bali said...

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.630.000.000.00 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 200 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 2X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih
https://tanparumusan.blogspot.co.id/
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRI

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.