Wednesday, May 3, 2017

FMLLP BIDAS KENYATAAN TSAM YANG BENGANG DAN TERUS BERALASAN

pilihanraya kini     9:39 AM    



Dalam entri lewat malam semalam, FMLLP mengeluarkan kenyataan pedas yang kami percaya kenyataan balas kepada kenyataan TSAM (Tan Sri Annuar Musa).

Ini kerana, FMLLP menjelaskan isu perbandingan hutang pasukan di Malaysia dengan pasukan EPL. Dalam satu kenyataan TSAM semalam beliau berkata:

“Sila baca laporan kewangan team EPL. (Ada) berapa billion hutang mereka tanggung? Ada mereka tolak mata di pertengahan musim”

Image may contain: text






Dalam kenyataan balas FMLLP, mereka menegaskan mereka menghormati semua pandangan termasuk perbandingan dengan kelab EPL. FMLLP menjelaskan:

“Kami menghormati semua pandangan, termasuk contoh yang digunakan untuk menggambarkan pasukan dalam EPL juga mempunyai hutang.”

Jenis Hutang kelab EPL

“Kami menggesa semua pihak memahami bahawa hutang yang dilaporkan adalah mengambil kira hutang seperti pinjaman oleh kelab dan perkara-perkara lain.”

FMLLP juga berpendapat kebanyakan pasukan EPL mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung hutang semasa mereka.

“Kebanyakan kelab menikmati aliran tunai tahunan yang sihat dan membayar hutang mereka secara ansuran setiap tahun.”

Di samping itu, TSAM harus faham akan jenis-jenis hutang yang ditanggung oleh pasukan EPL. Pada masa yang sama, kelab-kelab EPL menghormati dasar pengurusan kewangan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Tambah FMLLP lagi:

“Walau bagaimanapun, hutang ini bukanlah hutang yang berhubung dengan gaji pemain atau bayaran-bayaran yang terhutang kepada pihak berkuasa.”

“Contoh EPL ini juga menarik kerana walaupun kelab beroperasi dengan “hutang” seperti yang dinyatakan, mereka tidak menyalahkan EPL mahupun English FA untuk hutang dicipta oleh diri mereka sendiri.”

“Sekiranya hutang menjadi tidak terurus, walaupun di England (sebagai contoh telah digunakan) pasukan seperti Portsmouth telah dua kali mata dipotong oleh Liga pada tahun 2010 (9 mata) dan 2013 (10 mata).”

“Sekali lagi, sementara menghormati semua pandangan, kita merasa adalah berhemat buat masa ini untuk memastikan semua pihak faham bahawa keutamaan FMLLP pada ketika ini.”

Keutamaan FMLLP buat masa ini

“Keutamaan FMLLP adalah untuk memastikan hutang kepada pemain dan pihak berkuasa diselesaikan.”

“Kami tidak menyentuh mengenai ratusan ribu Ringgit yang terhutang kepada pihak kerajaan negeri (pengurusan stadium) atau komitmen lain yang perlu dipenuhi.”

“Kita sudah terlalu lama terkenal dengan kes di FIFA berkaitan dengan gaji pemain dan ini mesti dihentikan.”

“Jangan kita membuat alasan, atau meraih simpati dan mula melihat diri serta tindakan kita sendiri kerana hanya diri kita sendiri yang harus dipersalahkan.”

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.