Wednesday, May 3, 2017

‘KONVENSYEN PAN LEBIH DIREDHAI BERBANDING MUKTAMAR PAS’

pilihanraya kini     9:55 AM    




Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (PAN) menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pemimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir ialah Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad, Penasihat/Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri PAN pada 10 dan 11 Disember tahun lalu.

Manakala Muktamar Tahunan PAS ke-63 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 1 Mei 2017 yang turut menyaksikan kehadiran ribuan penyokong parti itu dengan pemilihan kali ini mengekalkan status quo yang ada.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara antara perhimpunan terbesar bagi dua parti pembangkang Melayu Islam itu. Ini dapat dilihat melalui bencana alam yang menimpa perhimpunan PAS baru-baru ini.

Sehari sebelum muktamar PAS bersurai pada 30 April lalu, Kota Sarang Semut Kedah telah dihujani taufan yang kuat sehingga beberapa khemah pada muktamar itu roboh dan mencederakan 17 individu. Lebih tragis lagi, terdapat beberapa penyokong Pakatan Harapan mengambil kesempatan mewar-warkan insiden khemah di muktamar parti itu tumbang ditiup angin kencang sebagai bala Allah S.W.T. 

Penyokong Pakatan Harapan mendakwa khemah itu tumbang kerana tindakan PAS mengecam parti sekular DAP yang mengetuai Pakatan Harapan dan anggota partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN). 

Sehari sebelum itu, Dewan Ulama PAS telah bertindak mengecam PAN dengan melaungkan ‘jahanam PAN’ ketika sesi perbahasan berlangsung.


Ini berbeza dengan konvensyen PAN yang dianjurkan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Selangor. Walaupun presiden parti itu pernah dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sebagainya, namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang dua hari mereka berhimpun.

Mungkin juga kehadiran Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah Anwar semasa Konvensyen PAN telah melindungi mereka daripada sebarang bencana alam yang tidak diingini berlaku. Sedangkan, tiada seorang pun dari nama-nama tersebut yang dijemput hadir ke Muktamar PAS walaupun dianjurkan selama 3 hari berturut-turut.

Ini tidak mustahil jika kita mengukur dari fahaman yang dianuti oleh mereka yang menjadi penyokong totok kepada fahaman Dr Mahathir selama ini. Mereka bukan sahaja menganggap Dr Mahathir seolah-olah semulia-mulia manusia, malah mereka turut melihat Lim Kit Siang sebagai seorang yang mampu membawa rahmat ke seluruh umat. –Tv14

1 comments :

Dita Wati said...

PASSALAMUALAIKUM SALAM SAYA TKW DI SINGAPORE
Maaf sebelumnya jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya inilah kenyataannya...
Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa karna ada hutang yang harus saya bayar di majikan yaitu 57O juta untuk uang indo namun,saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama AKY SALMAN di Nomor Telpon (O823-1O62-3559) ATAU KLIK DISINI di jamin bantuan beliau 100% berasil.�
BANTUAN DARI AKY SALMAN
1.PESUGIHAN
2.TOGEL
3. DANAH GHAIB
4.PENGGANDAAN UANG
5.UANG BALIK
6.PEMIKAT
7.PENGLARIS BISNIS (Jualan,Tokoh,warung)
8.PERLANJAR DALAM BERBAGAI HAL
Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,kini semua hutang saya sama majikan di Saudi semua bisa terlunasi dan punya modal untuk pulang kampung,,,,
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan Hubungi AKY SALMAN

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.