Thursday, May 4, 2017

Pulau Pinang Dan Selangor DAYUS?

pilihanraya kini     3:16 PM    



Selangor Dan Pulau Pinang terus meranapkan banyak pegangan kerajaan Negeri kepada individu-individu yang tamak dan rakus untuk merompak kepunyaan rakyat. Rakyat dirompak atas nama pembangunan yang tidak wujud.

Di Selangor sahaja pegangan asset tanah kepunyaan kerajaan negeri hilang dalam sekelip mata sahaja apabila terpaksa memulangkan semula tanah yang mahu dituntut kepada beberapa individu yang berkepentingan.

Dalam sekelip mata, aset bernilai ratusan juta ringgit hilang daripada pegangan Kerajaan Negeri yang mana sepatutnya tanah tersebut digunakan untuk memastikan kepentingan rakyat dijaga dan terbela.

Angan-angan Mat Jenin rakyat Selangor yang amat berharap untuk melihat Selangor terus mempelopori pentadbiran cekap, telus dan bertanggungjawab seperti yang berlaku di antara 2008- 2013.

Namun angan-angan tersebut hanya mimpi disiang hari sahaja. Rakyat yang telah memilih PKR di Selangor hanya melihat kepada kelunakan kata-kata pemimpin pembangkang dan tidak pernah tahu tentang agenda peribadi yang melebihi keperluaan dan tanggungjawab terhadap rakyat.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat di Selangor sewenangnya melupakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Pimpinan PKR lebih mementingkan habuan untuk diri mereka dan yang berulang alik ke pejabat MB dalam usaha melobi habuan untuk diri mereka. Pemimpin PAS dan PKR Shah Alam dan Kuala Selangor yang kini lantang bercakap soal keadilan dan Islam di dalam parti baharu Parti Amanah Nasional (PAN).

Dalam pada masa yang sama mereka menggunakan isu nilai kejatuhan ringgit dipasaran sebagai modal melabelkan Malaysia adalah sebuah Negara yang bakal bangkrup dan tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Fitnah yang dilakukan ini adalah untuk menutup tingkah laku yang dilakukan oleh kepimpinan PKR, PAN dan DAP dalam usaha merompak hasil negeri dan membiarkan rakyat terus menderita dengan pelbagai kenaikan sistem percukaian sehingga 400%.

DAP, PKR dan PAN adalah parti yang bertunjangkan fahaman liberal dan sosialis yang mana menjadikan Singapura sebagai sebuah Negara contoh untuk dibandingkan dengan Malaysia. Keburukan dan apa yang berlaku di Singapura disenyapkan .

Kejatuhan nilai matawang Singapura pada kadar sedolar berbanding RM3.095 pada pagi Rabu (3 Mei), iaitu kadar pertukaran paling rendah bagi tahun ini, menurut data Bloomberg.

Paras terendah bagi 2017 berbanding ringgit Malaysia dicatat pada sekitar 9.00 pagi, yang jatuh sedikit berbanding paras paling rendah sebelum ini iaitu RM3.096 pada 2 Januari.

Ringgit semakin pulih sejak pertengahan bulan April, dan didorong oleh pemulihan pada harga komoditi, yang meningkatkan permintaan ekuiti. Pada 13 April, sedolar Singapura diperdagangkan pada RM3.179 – iaitu paras tertinggi sejauh ini.

Berbanding mata wang dunia, ringgit Malaysia kini mencatat paras tertinggi dalam masa lebih lima bulan, yang pulih dari paras terendah selama hampir 20 tahun.

Menurut Bloomberg, para pelabur memilih stok Malaysia dengan jangkaan bahawa harga minyak mentah akan membantu meningkatkan pendapatan negara dan bahawa perbelanjaan kerajaan Malaysia akan meningkat menjelang pilihan raya umum yang mungkin diadakan tahun ini.

Tanda aras bagi tolok ekuiti KLCI berada pada paras tertinggi dalam masa hampir dua tahun, yang dipacu oleh tempoh pengaliran tunai yang paling lama sejak 2013.

Sejak menunjukkan prestasi yang paling lemah pada tahun 2016, para penggubal dasar Malaysia memperkenalkan banyak langkah baru bagi mengembalikan minat dan keyakinan terhadap pasaran kewangan negara tersebut.

Senyap dan sunyi dan tiada kritikan dilakukan, tetapi apabil Malaysia mengalamai kesukaran untuk terus berjuanga dalam usaha menaikan ringgit, pemimpin PKR, PAN dan DAP terus memburukkan Negara sehingga sanggup bersekongkol dengan Negara lura.

Ini lah tahap metaliti pembangkang dalam Negara ini yang mana terus menjadikan Negara yang mereka junjung langitnya sebagai tempat untuk mereka bakar segalanya demi kerakusan kuasa dan merompak kekayaan dan meminggirkan rakyat.

Apakah Rakyat Selangor dan Pulau Pinang masih lagi dibuai mimpi indah dan sanggup memejamkan mata dengan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan tanpa ada sedikit pun bantahan dilakukan.

Dimanakah kesetiaan mereka pada nusa dan bangsa mereka sendiri. Seharusnya rakyat Selangor dan Pulau Pinang terus mengambil tindakan sebelum sebuah negeri terjual pada bangsa asing.

1 comments :

Elah bali said...

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.630.000.000.00 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 200 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 2X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih
https://tanparumusan.blogspot.co.id/
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRI

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.