Friday, May 5, 2017

"Sudah lama bersabar dengan Rafizi" - Adam AMK

pilihanraya kini     3:29 PM    




Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly bertegas, beliau kini sudah hilang sabar dengan perilaku Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Dalam satu kenyataan Adam berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu menurutnya, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).


"Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

"Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka," katanya lagi.

Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap PKR dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, tegas Adam, beliau menggesa Rafizi mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini berkaitan isu berkenaan.

"Iaitu jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW," katanya.

Dalam pada itu, tegas Adam, Rafizi juga perlu menyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini.

"Dan menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

"Sekiranya Rafizi gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap PKR dan Pakatan Harapan," katanya lagi.

Sementara itu, Sinar Harian akan mendapatkan komen Rafizi berhubung perkara ini.

1 comments :

Elah bali said...

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.630.000.000.00 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 200 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 2X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih
https://tanparumusan.blogspot.co.id/
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRI

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.