Sunday, March 11, 2018

KRISIS AIR SELANGOR : KERAJAAN NEGERI UTAMAKAN POLITIK DARI RAKYAT?

pilihanraya kini     12:30 PM    


Krisis bekalan air yang berulang kali dihadapi rakyat Selangor tidak akan berlaku jika kerajaan PKR negeri ini menerima nasihat Kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 sebelum ini.
Bagaimanapun, menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didapati memilih untuk mengutamakan kepentingan politik apabila melengah-lengahkan projek itu sehingga ia terpaksa disiapkan pada 2022.
"Isu bekalan air di Selangor ini tidak wajar dianggap satu perkara yang remeh oleh kerajaan negeri ketika mana Selangor itu sendiri adalah sebuah negeri maju di negara ini.
"Menteri Besar (Mohamed Azmin) jangan hanya fikirkan kepentingan politik, tetapi beliau perlu turun padang menyelesaikan isu bekalan air rakyat ini daripada sekadar memberi arahan semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menyertai program wacana bertajuk 'Fitnah media Sosial Jadi Senjata Politik' di Kompleks Karangkaf, di sini hari ini.
Pada masa sama, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) sekali lagi jika Mohamed Azmin gagal meyelesaikan masalah itu.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat Selangor supaya memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir semula negeri ini sekaligus menjamin masalah bekalan air itu diselesaikan secara menyeluruh.
Malah, penyelesaian itu katanya telah disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.