Wednesday, April 18, 2018

#PRU14 : BN SELANGOR SASAR 10 KERUSI PARLIMEN & 28 KERUSI DUN

pilihanraya kini     3:00 PM    


#BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14
#HarapanBohong #HarapanFitnah #HarapanPalsu #TolakPH #TawanSelangor #UbahSelangor

TANJONG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengutamakan calon tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, calon yang bakal ditampilkan itu dilihat seimbang kerana mewakili semua golongan merangkumi pemuda, wanita dan profesional.

“Pada PRU-13, kita ada tampilkan calon luar dan ini membuatkan ada yang tidak berpuas hati.

“Mungkin pemimpin setempat berasa sudah bekerja bersungguh-sungguh bantu masyarakat, namun akhirnya parti membawa calon luar.

“Kita yakin pendekatan meletakkan calon tempatan mengurangkan masalah sabotaj dalam kalangan ahli parti, namun BN Selangor hanya mencadangkan tetapi keputusan akhir di tangan Presiden parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Bumiputera peringkat Tanjong Karang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Mengenai peluang BN Selangor pada PRU-14, Noh berkata, pihaknya berkeyakinan untuk memenangi 28 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen.

“Kita ada fokus kerusi DUN tertentu. Dalam kiraan saya, semua kerusi DUN yang jadi tumpuan akan dimenangi BN dan cukup untuk merampas Selangor.

“Kita juga yakin dapat menambah kerusi Parlimen di Selangor daripada lima ketika ini kepada 10 kerusi,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.