Thursday, April 12, 2018

TAHUN 2017 SUDAH KELENTONG, KINI AZMIN MAHU SUMBAT ‘DEDAK’ LAGI? UMUM BONUS 3 BULAN GAJI.

pilihanraya kini     9:45 PM    


#BR1M #ManifestoBN #Dedak #PRU14 #GE14 #Undi #BersamaBN #HebatkanNegaraku #TolakPH #TawanSelangor #UbahSelangor

SEJURUS SELEPAS Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan manifesto parti pemerintah, media sosial di Malaysia menampakkan trend positif terhadap usaha-usaha dan segala janji yang diberikan tersebut.
Tidak seperti biasa, pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP begitu tergamam dan tidak tahu untuk menyerang kembali janji-janji yang diberikan oleh Barisan Nasional berkenaan.
Namun dek kerana telinga terlalu panas dan tidak mampu untuk duduk diam, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tiba-tiba tampil membuat serangan terhadap Najib.
Malangnya, serangan yang dilakukan oleh Azmin itu amat kelakar dan ditahap pemikiran yang amat rendah sekali.
Azmin mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang menggandakan jumlah pemberian BR1M, lapor akhbar berbahasa Inggeris The Star, pada 9 April 2018.
Katanya, kewajipan kerajaan sementara hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya.
Azmin mempersoalkan bagaimana kerajaan sementara boleh mengumumkan bantuan tunai tambahan sedangkan ini tidak termasuk dalam Bajet 2018.
Yang Azmin lupa, ketika Najib menabur janji tersebut, beliau bukanlah berjanji atas kapasiti sebagai seorang Ketua Kerajaan semasa, sebaliknya Najib memberi janji atas kapasitinya selaku ketua parti kerajaan yang mahukan mandat untuk penggal seterusnya.
Bukankah Najib ada menyebut ”jika diberi mandat” ketika membentangkan #ManifestoBN dengan motto #HebatkanNegaraku itu?
Tidak sampai seminggu selepas itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor telah mengumumkan 3 bulan bonus kepada para penjawat awam di Selangor sekiranya Pakatan Harapan yang dikuasai DAP menang sekali lagi.
“Tiga bulan (bonus) sebenarnya tidak banyak, tetapi ia adil, dan selepas ini, mungkin lebih daripada tiga bulan (bonus akan diberi), atas nama keadilan dan berdasarkan prestasi dan prestasi (kakitangan awam),” kata seperti dilapor portal Malaysiakini pada 11 April 2018.
Semasa mengumumkan tiga bulan bonus itu, adakah Azmin fikir tentang undang-undang? Adakah sah 3 bulan bonus yang dijanjikan itu kerana Azmin juga sekarang ini merupakan ketua kerajaan sementara di Selangor?
Selepas mengkritik Pengerusi BN sebagai memberi dedak, apakah tindakan Azmin mahu memberi 3 bulan bonus kepada penjawat awam ini juga suatu pemberian dedak? Atau ia lebih kasar daripada itu iaitu ‘membeli undi’ penjawat awam?
Azmin kaki pembohong?
Bagi mereka yang tidak kenal siapa Azmin mungkin boleh berseronok dengan pengumuman ‘dedak’ Azmin itu. Namun hakikatnya Azmin adalah seorang menteri besar yang cukup pandai bermain kata-kata.
Ini bukanlah ‘fake news‘, sebaliknya ia terbukti bagaimana ayat manipulasi Azmin ketika membentangkan Bajet 2018 pada tahun lalu.
Azmin telah umumkan bahawa dia akan beri 3 bulan bonus kepada penjawat awam Selangor, tetapi sebenarnya 2 bulan sudah pun dibayar terlebih awal (iaitu pada tahun 2017 lagi). Adakah ini bukan pembohongan namanya?
Bonus 1 bulan diberikan pada Disember 2017 dan bonus 2 bulan sudah diberikan pada Jun tahun yang sama. Tetapi ketika berucap, Azmin berdekah-dekah dengan muka ‘sombongnya’ memberitahu bahawa Kerajaan DAP Selangor akan beri 3 bulan bonus kepada penjawat awam Selangor.

Pengumuman itu sebagai wayang kerana pemberian bonus itu menggunakan peruntukan belanjawan 2017 dan 2 bulan sudah dibayar pada bulan Jun 2017.
Jadi pada tahun ini (2018) Azmin guna belanjawan yang mana? Apa akan jadi pada kewangan dan belanjawan tahun 2018 ini? Apakah belanjawan tersebut akan dirombak? Azmin tentu tidak akan berani menjawab.
Justeru, masih boleh percayakah lagi janji-janji Azmin ini? Dia sekadar mahukan undi rakyat sahaja untuk dia terus berkuasa di Selangor.
Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu 2,415,074 orang yang layak mengundi pada PRU14 pada 9 Mei depan. Apakah Azmin mahu terus ‘kencing’ pengundi paling ramai di Malaysia ini? – TV14

1 comments :

Anonymous said...

we want MALAYSIA MALAYSIAN. semua rakyat mendapat sama rata...hapuskan penindasana kuota KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA dan berikan keadilaN kepada semua rakyat..HIDUP TUN M..HIDUP KIT SIANG ..HIDUP WAN AZIZAH.berikan ruang masuk ke UNIVERSITI AWAM kepada yang benar benar layak..we want SISTEM MERIT..yang kurang perform boleh dimasukkan ke sekolah vokasionaL. we want more PROFESIONAL COURSES SEPERTI DOKTOR, PEGUAM , JURUTERA, AKITEK, KEHAKIMAN diberikan kepada konsep MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN...MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN...HIDUP KIT SIANG DAN TUN M.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.